Sunday, 10 March 2013

Gagal..??? o_O

Asalamualaikum. (kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang)

kenapa lepas bagi salam, aku cakap macam tu?? :) sebenarnya itu tagline Maria Elena dalam vlog dia. Sekarang ni aku cukup suka tengok vlog dia! sebabnya apa yang dia cakap tu ada betolnya, pastu dia macam lawak je, tu yang aku suka tu!! :)



ok lah , gagal yang aku nak cerita ni bukan pasal gagal dalam exam (sebab tu benda biasa bagi aku dan student2 laen!! heeeeeee :) ). Gagal yang aku maksudkan kat sini, gagal SPA (atau lebih tepat, gagal temuduga~ :') ). Macam ni cerita dia, pada satu hari, selepas aku balik je dari sekolah, along lah orang yang menyatakan berita gembira tersebut kepada aku. Dialog dia mcm ni :



Along : Atin, tadi posmen antar surat SPA (muka xdak perasaan~)

Aku : Fuyyo0o surat temuduga!!!! (senyum sampai tersembol gigi!! dalam hati seronok tahap maksima!)


Along : alah~ temuduga je pon~ belom tentu dapat lagi (muka xdak perasaan diulang)


Aku : (mood teros terjun menjunam) ala~ biaq la~  (dalam hati 'HANG ADA???') 0_o


#aku memang jenis excited lebih :')

ok sambung..



tarikh aku temuduga x ingat pulak bila tapi tempat temuduga aku ingat!! Hospital Tanjung Rambutan Ipoh!!! ^_^
1st time jejak kaki kat situ aku dah hepi! sebabnya mungkin dalam tu ada ramai orang2 bahagia kot~ HEEEEEE :) 

Disebabkan sampai agak lewat sikit, aku jadi orang yang ke 20 lebih KOT yang akan ditemuduga~ disebabkan nak p temuduga, aku dipaksa utk pakai bedak! (nampak x tak dak connection kat situ!! mungkin nak bg nampak elok sikit kot sebab aku memang x suka pakai bedak!).

Waktu menunggu giliran, aku duduk la sebelah budak perempuan yang aku rasa sebaya dengan aku. Dia nampak nebesS! (aku lagi la~ ketaq abih lutut) Pastu abang dia cakap kat dia "tak payah takot la~ depa (mungkin merujuk kpd jabatan SPA) nak pakai ramai orang~ adik mesti dapat punya" (kata-kata semangat kah? atau harapan palsu kah?)

Toingg!!! loceng bunyi tanda giliran aku dah sampai. 


"Dato' Sri Liow Tiong Lai, Dato' Sri Liow Tiong Lai, Dato' Sri Liow Tiong Lai, Dato' Sri Liow Tiong Lai, Dato' Sri Liow Tiong Lai" dalam kepala memang dah set nama Dato' Sri Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan)  


memang aku dok sebut sampai aku buka pintu bilik temuduga~ Orang yang menemuduga aku ada 2 orang, Sorang laki (Mualaf), sorang perempuan (Melayu). Lepas bagi salam, hulur fail atas meja, aku pon duduk kat kerusi yang disediakan. Jauh jugak jarak aku dengan mereka-mereka itu. 



Soalan pertama : (seorang En yang bertanya) Ceritakan Latar belakang kamu. (sambil belek2 fail sijil aku)

Soalan kedua : Apa maksud prostar? (waktu ni aku rasa macam batu besar dah nak mai hempap aku dah!! Jawapan aku comel je :) ".....taktau." (memang terserlah kecomelan aku pada waktu tu !)





Soalan ketiga : Tau tak isu semasa sekarang ni? (heeee.. sebelom masuk bilik tu aku sempat tanya orang sebelah, "awak, apa ea isu semasa hari ni?" .... "o0 malamine.. apa tu ea?" hadoi..! sumpah aku tak tau hal semasa! tapi boleh gak jawab sebab aku sempat tanya sebelom tu )





Soalan keempat : (Seorang Puan yang bertanya) Kamu takut darah? Jawapan aku, TAK, SAYA TAK TAKUT DARAH (suara konfiden!! Kalaulah dia tahu hakikat kebenaran~!!! -_-")


Soalan terakhir : (Seorang Encik yang bertanya) Boleh menyambut kelahiran? Jawapan aku, BOLEH (BOLEH SANGAT!!! huhhuhuhu.. abah terpijak paku pon aku dah pitam terok!)



Kata-kata berbaur "anda tak layak" : Lepas ni, kamu sambung belajar ye (waktu ni hati aku dah berkecai-kecai bak kaca terhempas ke batu. Serpihan kaca tu pulak berkecai lagi sekali sampai lumat jadi abu!! macam tu la kekecewaan yang aku rasa!!), result SPM kamu boleh tahan (cheee... nak pujuk aku lettew!) kamu boleh dapat kerja yang lebih baik daripada ni :) (mereka menyedekahkan aku dengan senyuman perpisahan :') ) 

Macam ni la muka aku pada waktu itu :')

Keluar je dari bilik, aku dah cakap kat mak "mak, angah tak dapat" :')



Lepas je dapat surat dari SPA yang mengesahkan aku x dapat, banyak la orang sedekah nasehat, kata-kata semangat~ (tak dak sapa yang paham macam mana sedihnya bila aku gagal temuduga SPA)



Tapi ramai yang cakap, ada hikmah kenapa aku xdapat jadi misi. Sekarang baru aku nampak, Allah nak bagi aku sambung belajar sampai ke Universiti rupanya ^_^ alhamdulillah. Memang tak sangka kan, benda yang buat aku rasa sedih teramat tu la yang buat aku rasa seronok teramat! Andaikan aku dapat jadi Misi, maka tak dapat la aku jejakkan kaki di sini, di Universiti Utara Malaysia yang tercinta ^_^ (walau macam mana orang xsuka atau kutuk UUM pon, aku tetap sayang UUM ~) 



Moral of the story, terima la apa yang dah tertulis untuk kita. Mungkin kebaikan dia kita tak nampak sekarang tapi lambat laun, pasti akan ternampak jua~ ^_^ heeeeeeee...



DULU  : ........aku loser... temuduga pon gagal.... :'( 

KINI    : YES!!! NASIB BAIK AKU GAGAL TEMUDUGA..!!! ^_^    *hepi

# setiap soalan temuduga dan dialog di atas bukanlah rekaan. Semuanya benar belaka._










5 comments:

  1. Awak. Last week sy g temuduga .tapi lain bidang la. Then dia suruh sambung belajar. Tipis juga kah result sy nanti? Eyyyy. Nevesssss nya !

    ReplyDelete