Saturday, 27 July 2013

Zaman Kecik-Kecik

Asalamualaikum (:

Ok, Entry kali ni aku nak cite serba sikit kisah-kisah aku waktu kecik..! sebab bagi aku, aku rasa enjoy sangat waktu kecik ^_^ Aku bet, semua orang sependapat dengan aku kan?




Taraa..!!! ni la aku waktu aku kecik!  gambar ni waktu Raya neh~ umur aku time ni dalam 5 ke 6 tahun. Aku waktu kecik suka sangat main. Keja aku hari-hari cuma makan, tido, main. Main main main!! aku langsung tak suka p sekolah sebab bagi aku, p sekolah tu tak best langsung. Tapi yang peliknya dengan aku ni, walaupon tak pernah suka sekolah, (waktu itu) tapi aku tak pernah sekali pon ponteng sekolah dari darjah 1 sampai la ke darjah 3. Bagi aku, sekolah kena p tak kira la best ke tak, tetap jugak kena p. WAJIB. Apa punya pemikiran aku neh?


Ini gambar aku waktu darjah 2 ^_^
Nampak tak tarikh 31hb 1 1998? Haaa..! itu buktinya aku darjah 2!! tarikh lahir aku senang je nak ingat, hujuuuuuuung taon! 31hb 12 1990 (: Senang kan nak ingat!! muahahahahha seriously aku suka tarikh birthday aku..!!


Haaaa.. ni pulak kakak aku! the one and only, Nurul Idayu..!! yang belah kanan tu. heheheheh.. Waktu ni mak saja potong rambut kiteorang macam ni, macam Lady Diana mak kata ^_^ kakak aku ni lahir seminggu je sebelum aku lahir, Tahun x diambil kira okey  24hb 12 1987. Gap kiteorang 3 tahun..!

Ok lah, sambung balik..
Waktu aku darjah 4, aku tetiba pulak kena demam campak. Demam campak yang aku kena waktu darjah 4 ni jenis yang kecik-kecik tu. Tak sengsara sangat macam yang aku kena waktu form 5!!! waktu Form 5 aku kena demam campak yang besar2 tu. tragis ko00t!! bertompok-tompok muka macam baju polkadot mak aku. Haa.. waktu darjah 4 ni la aku ponteng sekolah sebab demam campak ni. Perasaan aku waktu tu memang tak best langsung!! Waktu nak p klinik Ekspo kat Kamunting tu, aku rasa macam bersalah sangat2!! aku rasa macam semua masyarakat pandang aku serong je sebab aku tak p sekolah..!!! Aku rasa macam dah buat kesalahan BESAR!! padahal, orang2 tengok aku buat tak tau je pon.. Sampaikan aku nak keluar keta pon takot waktu tu. Kot-kot la terjumpak dengan cikgu, jenoh aku. Segan tak bertempat betoi..!!

Kelas aku dapat membuktikan betapa aku tak suka p sekolah dan belajar :

Sekolah Kebangsaan Long Jaafar

Darjah 1 : Luhur (kelas number 3)

Darjah 2 : Luhur (kelas number 3 lagi. Waktu ni, kelas ikut bila kita daftar. kalau daftar awal, kelas kat depan2 la~ Tapi start darjah 3, ikot kita punya pencapaian dalam kelas.

Darjah 3 : Tabah (kelas yang ke-2 terakhir...!!! inilah BUKTI aku tak suka belajar..!! *kalau ikot turutan kelas dari yang terdasyat kepada yang kurang dasyat, Syukur, Rajin, Luhur, Jujur, Kasih, Tabah, Pintar. Sepatotnya, nama aku tersenarai dekat kelas Pintar which is kelas yang TERAKHIR! tapi sebab aku dah tersalah masuk kelas, so cikgu bagi je aku duduk kat kelas Tabah tu~) kesian kan..

Darjah 4 : Jujur

Darjah 5 : Jujur

Darjah 6 : Jujur dan Luhur ( aarrrrtinya disini, dari awal tahun sampai pertengahan tahun, aku kelas Jujur tapi lepas tu, aku naik kelas Luhur. Seriously, aku pon tak tau kenapa. Result pertengahan, aku dapat number 3 je pon dalam kelas. Nak kata aku jahat ke, nakal ke, tak pulak sebab aku baik dengan cikgu Rodzi. tapi bersyukur jugak la dapat naik kelas :) walaupon untuk beberapa bulan~

Waktu darjah 3, aku bangga tahap dewa la sebab dapat number 7 dalam kelas..!! diulang..!! number 7 ko00t!! padahal tak la gempaq sangat dapat number 7 dalam kelas.. kelas belakang2 boleh la kan~ tapi semua tu aku tak pedulik!! janji aku bangga dengan diri aku..!! Sampai balik sekolah la aku dok tersengeh2 sorang2 macam kerang busuk sebab bangganya aku dengan diri ku ini..! Muahahahhaaha!!! rasa macam dah pandai sangat!! padahal tak pon  Sebab tu la waktu darjah 4 aku naek kelas. muehehehehehheh :)

Result UPSR aku? HARUSLAH tak gempaq -_- aku cuma dapat 1A (BM Karangan) 2B (BM Pemahaman & Matematik) 2C (Science & English) Po00n begitu, sekali lagi hatiku melonjak keriangan yang sangat jelas terpanjar diwajah!! Aku hepi ko0t aku dapat A..! walaupon 1 je 
Betapa daifnya aku waktu tu -_- tak awesome mana pon result aku~ tapi ke"happy"an aku macam orang dapat 5 A..! ^_^

Hurmm.... Selain daripada pelajaran, waktu aku kecik2 dulu, aku ni suka perabih duit. Tak macam kakak aku, pandai berjimat. aku ni pantang ada skupang dua dalam tangan., akan ku perabihkan di kedai Pak Rejab!~ -_-
Bila mak mintak tolong p kedai, mesti aku nak mintak upah. kadang2 tu beli kelapa parut 2 kupang je pon. P0oon aku tetap nak upah 2 kupang. sekupang aku beli eskrim, skupang lagi aku beli keropok mimi~ tu kira feveret aku la tu waktu kecik2. Kadang2 aku beli choki-choki..! Suka betoi aku dengan coklat tu (: Kalau waktu balik sekolah pulak aku suka beli sagon. aku rasa macam aku ni dasyat la bila makan sagon tu. Saja je aku makan banyak2 sagon pastu bercakap. Pastu akan keluar la sagon tu dari mulut aku.. konon-konon macam berasap la.. aku feeling macam orang putih cakap. Bila cakap, keluar asap (sebab sejuk) So, konon-konon sagon yang terkeluar dari mulut aku tu asap la~ tak leh blah betol



Ok lah, ni gambar aku dengan kawan2 kelas aku waktu darjah 4 kalau tak silap. Berdiri di atas dari kiri, Nurul Nuraini, Nadia, Salmiah, AKU (Ifatin - berkebaya putih merah). Yang duduk dari kiri, Zarwena, Jannah, Suhiada dan Mastura. Depa ni memang baik ^_^


Gambar ni waktu aku di Tadika Kemas Kampung Pinang ^_^ Aku jadi Cik Siti Wan Kembang..! Aku peserta number 11 dan aku cuma dapat tempat yang ke 4 je~ Rambut tu sebenarnya rambut palsu. Kasar betol! hahahha tu kali pertama dan terakhir aku pakai rambut palsu. Baju yang aku pakai tu pulak, miang giler2 lah!! Subang yang tak boleh blah tu. berat macam pasu!! dia punya tarik telinga aku (sebab berat) sampai dah jadi panjang macam orang serawak yang jenis pakai subang berat tu~ perrghhhh~! disebabkan semua ni lah, senyuman aku menjadi ketat sebegitu rupa~ kesian kat aku :') Sebenarnya pada hari tersebut, aku jugak jadi ketua untuk persembahan alat muzik. Keja aku senang kemain, berdiri tengah mengadap kengkawan tadika aku, cakap 1 2 3, pastu hayun je kayu yang cikgu bagi ke kiri, ke kanan, hayun je la sampai depa abis main muzik. Mula2 aku nak main rekoder tapi tak semena-mena, aku pulak jadi ketua, CisS. Punah harapan kanak-kanak aku nak main rekoder. Sayangnya gambar itu rosak :')




Ini gambar aku dengan Moto kesayangan family aku..!! moto SUZUKU BEST! nama dia pon "best". Menunjukkan betapa BESTnya moto tu okeys~ tapi apa yang bestnya..?? haaa.. Moto yang ber"number plat" ABT 8443 ni abah beli waktu mak tengah dok mengandung kat aku.. dan percaya atau tidak, moto yang sama ni la aku tunggang waktu aku Form 6..!! Tahan betoi la moto ni..! :')




Ni gambar aku yang paling seksi setakat ni..! Botol susu dan aku agak sukar dipisahkan~ pada waktu itu okey~



Dulu kala gigi aku rongak ! tapi aku hepi je~ nampak tak aku sedang hepi kat dalam gambar tu? Gigi rongak tidak bermakna anda tidak hidup bahagia. muegigigigigigigi (: yang sebelah aku tu, along (kakak aku), sebelah along, Harith nama dia, sepupu aku~ Dia ni pandai..!

Dan... inilah gambar paling kecik yang aku ada..!!


Dari kiri, Ila, Awin (kakak Ila, sepupu aku depa neh), Along, dan yang belah kanan berbaju pink tu, AKU..! ^__^ nampak tak? kecik2 dah tayang baju..!!

Ok, cukup dulu entry kali ni..! bye bye :) Asalamualaikum._

1 comment: