Saturday 27 July 2013

Zaman Kecik-Kecik

Asalamualaikum (:

Ok, Entry kali ni aku nak cite serba sikit kisah-kisah aku waktu kecik..! sebab bagi aku, aku rasa enjoy sangat waktu kecik ^_^ Aku bet, semua orang sependapat dengan aku kan?




Taraa..!!! ni la aku waktu aku kecik!  gambar ni waktu Raya neh~ umur aku time ni dalam 5 ke 6 tahun. Aku waktu kecik suka sangat main. Keja aku hari-hari cuma makan, tido, main. Main main main!! aku langsung tak suka p sekolah sebab bagi aku, p sekolah tu tak best langsung. Tapi yang peliknya dengan aku ni, walaupon tak pernah suka sekolah, (waktu itu) tapi aku tak pernah sekali pon ponteng sekolah dari darjah 1 sampai la ke darjah 3. Bagi aku, sekolah kena p tak kira la best ke tak, tetap jugak kena p. WAJIB. Apa punya pemikiran aku neh?


Ini gambar aku waktu darjah 2 ^_^
Nampak tak tarikh 31hb 1 1998? Haaa..! itu buktinya aku darjah 2!! tarikh lahir aku senang je nak ingat, hujuuuuuuung taon! 31hb 12 1990 (: Senang kan nak ingat!! muahahahahha seriously aku suka tarikh birthday aku..!!


Haaaa.. ni pulak kakak aku! the one and only, Nurul Idayu..!! yang belah kanan tu. heheheheh.. Waktu ni mak saja potong rambut kiteorang macam ni, macam Lady Diana mak kata ^_^ kakak aku ni lahir seminggu je sebelum aku lahir, Tahun x diambil kira okey  24hb 12 1987. Gap kiteorang 3 tahun..!

Ok lah, sambung balik..
Waktu aku darjah 4, aku tetiba pulak kena demam campak. Demam campak yang aku kena waktu darjah 4 ni jenis yang kecik-kecik tu. Tak sengsara sangat macam yang aku kena waktu form 5!!! waktu Form 5 aku kena demam campak yang besar2 tu. tragis ko00t!! bertompok-tompok muka macam baju polkadot mak aku. Haa.. waktu darjah 4 ni la aku ponteng sekolah sebab demam campak ni. Perasaan aku waktu tu memang tak best langsung!! Waktu nak p klinik Ekspo kat Kamunting tu, aku rasa macam bersalah sangat2!! aku rasa macam semua masyarakat pandang aku serong je sebab aku tak p sekolah..!!! Aku rasa macam dah buat kesalahan BESAR!! padahal, orang2 tengok aku buat tak tau je pon.. Sampaikan aku nak keluar keta pon takot waktu tu. Kot-kot la terjumpak dengan cikgu, jenoh aku. Segan tak bertempat betoi..!!

Kelas aku dapat membuktikan betapa aku tak suka p sekolah dan belajar :

Sekolah Kebangsaan Long Jaafar

Darjah 1 : Luhur (kelas number 3)

Darjah 2 : Luhur (kelas number 3 lagi. Waktu ni, kelas ikut bila kita daftar. kalau daftar awal, kelas kat depan2 la~ Tapi start darjah 3, ikot kita punya pencapaian dalam kelas.

Darjah 3 : Tabah (kelas yang ke-2 terakhir...!!! inilah BUKTI aku tak suka belajar..!! *kalau ikot turutan kelas dari yang terdasyat kepada yang kurang dasyat, Syukur, Rajin, Luhur, Jujur, Kasih, Tabah, Pintar. Sepatotnya, nama aku tersenarai dekat kelas Pintar which is kelas yang TERAKHIR! tapi sebab aku dah tersalah masuk kelas, so cikgu bagi je aku duduk kat kelas Tabah tu~) kesian kan..

Darjah 4 : Jujur

Darjah 5 : Jujur

Darjah 6 : Jujur dan Luhur ( aarrrrtinya disini, dari awal tahun sampai pertengahan tahun, aku kelas Jujur tapi lepas tu, aku naik kelas Luhur. Seriously, aku pon tak tau kenapa. Result pertengahan, aku dapat number 3 je pon dalam kelas. Nak kata aku jahat ke, nakal ke, tak pulak sebab aku baik dengan cikgu Rodzi. tapi bersyukur jugak la dapat naik kelas :) walaupon untuk beberapa bulan~

Waktu darjah 3, aku bangga tahap dewa la sebab dapat number 7 dalam kelas..!! diulang..!! number 7 ko00t!! padahal tak la gempaq sangat dapat number 7 dalam kelas.. kelas belakang2 boleh la kan~ tapi semua tu aku tak pedulik!! janji aku bangga dengan diri aku..!! Sampai balik sekolah la aku dok tersengeh2 sorang2 macam kerang busuk sebab bangganya aku dengan diri ku ini..! Muahahahhaaha!!! rasa macam dah pandai sangat!! padahal tak pon  Sebab tu la waktu darjah 4 aku naek kelas. muehehehehehheh :)

Result UPSR aku? HARUSLAH tak gempaq -_- aku cuma dapat 1A (BM Karangan) 2B (BM Pemahaman & Matematik) 2C (Science & English) Po00n begitu, sekali lagi hatiku melonjak keriangan yang sangat jelas terpanjar diwajah!! Aku hepi ko0t aku dapat A..! walaupon 1 je 
Betapa daifnya aku waktu tu -_- tak awesome mana pon result aku~ tapi ke"happy"an aku macam orang dapat 5 A..! ^_^

Hurmm.... Selain daripada pelajaran, waktu aku kecik2 dulu, aku ni suka perabih duit. Tak macam kakak aku, pandai berjimat. aku ni pantang ada skupang dua dalam tangan., akan ku perabihkan di kedai Pak Rejab!~ -_-
Bila mak mintak tolong p kedai, mesti aku nak mintak upah. kadang2 tu beli kelapa parut 2 kupang je pon. P0oon aku tetap nak upah 2 kupang. sekupang aku beli eskrim, skupang lagi aku beli keropok mimi~ tu kira feveret aku la tu waktu kecik2. Kadang2 aku beli choki-choki..! Suka betoi aku dengan coklat tu (: Kalau waktu balik sekolah pulak aku suka beli sagon. aku rasa macam aku ni dasyat la bila makan sagon tu. Saja je aku makan banyak2 sagon pastu bercakap. Pastu akan keluar la sagon tu dari mulut aku.. konon-konon macam berasap la.. aku feeling macam orang putih cakap. Bila cakap, keluar asap (sebab sejuk) So, konon-konon sagon yang terkeluar dari mulut aku tu asap la~ tak leh blah betol



Ok lah, ni gambar aku dengan kawan2 kelas aku waktu darjah 4 kalau tak silap. Berdiri di atas dari kiri, Nurul Nuraini, Nadia, Salmiah, AKU (Ifatin - berkebaya putih merah). Yang duduk dari kiri, Zarwena, Jannah, Suhiada dan Mastura. Depa ni memang baik ^_^


Gambar ni waktu aku di Tadika Kemas Kampung Pinang ^_^ Aku jadi Cik Siti Wan Kembang..! Aku peserta number 11 dan aku cuma dapat tempat yang ke 4 je~ Rambut tu sebenarnya rambut palsu. Kasar betol! hahahha tu kali pertama dan terakhir aku pakai rambut palsu. Baju yang aku pakai tu pulak, miang giler2 lah!! Subang yang tak boleh blah tu. berat macam pasu!! dia punya tarik telinga aku (sebab berat) sampai dah jadi panjang macam orang serawak yang jenis pakai subang berat tu~ perrghhhh~! disebabkan semua ni lah, senyuman aku menjadi ketat sebegitu rupa~ kesian kat aku :') Sebenarnya pada hari tersebut, aku jugak jadi ketua untuk persembahan alat muzik. Keja aku senang kemain, berdiri tengah mengadap kengkawan tadika aku, cakap 1 2 3, pastu hayun je kayu yang cikgu bagi ke kiri, ke kanan, hayun je la sampai depa abis main muzik. Mula2 aku nak main rekoder tapi tak semena-mena, aku pulak jadi ketua, CisS. Punah harapan kanak-kanak aku nak main rekoder. Sayangnya gambar itu rosak :')




Ini gambar aku dengan Moto kesayangan family aku..!! moto SUZUKU BEST! nama dia pon "best". Menunjukkan betapa BESTnya moto tu okeys~ tapi apa yang bestnya..?? haaa.. Moto yang ber"number plat" ABT 8443 ni abah beli waktu mak tengah dok mengandung kat aku.. dan percaya atau tidak, moto yang sama ni la aku tunggang waktu aku Form 6..!! Tahan betoi la moto ni..! :')




Ni gambar aku yang paling seksi setakat ni..! Botol susu dan aku agak sukar dipisahkan~ pada waktu itu okey~



Dulu kala gigi aku rongak ! tapi aku hepi je~ nampak tak aku sedang hepi kat dalam gambar tu? Gigi rongak tidak bermakna anda tidak hidup bahagia. muegigigigigigigi (: yang sebelah aku tu, along (kakak aku), sebelah along, Harith nama dia, sepupu aku~ Dia ni pandai..!

Dan... inilah gambar paling kecik yang aku ada..!!


Dari kiri, Ila, Awin (kakak Ila, sepupu aku depa neh), Along, dan yang belah kanan berbaju pink tu, AKU..! ^__^ nampak tak? kecik2 dah tayang baju..!!

Ok, cukup dulu entry kali ni..! bye bye :) Asalamualaikum._

Sunday 10 March 2013

Gagal..??? o_O

Asalamualaikum. (kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang)

kenapa lepas bagi salam, aku cakap macam tu?? :) sebenarnya itu tagline Maria Elena dalam vlog dia. Sekarang ni aku cukup suka tengok vlog dia! sebabnya apa yang dia cakap tu ada betolnya, pastu dia macam lawak je, tu yang aku suka tu!! :)



ok lah , gagal yang aku nak cerita ni bukan pasal gagal dalam exam (sebab tu benda biasa bagi aku dan student2 laen!! heeeeeee :) ). Gagal yang aku maksudkan kat sini, gagal SPA (atau lebih tepat, gagal temuduga~ :') ). Macam ni cerita dia, pada satu hari, selepas aku balik je dari sekolah, along lah orang yang menyatakan berita gembira tersebut kepada aku. Dialog dia mcm ni :



Along : Atin, tadi posmen antar surat SPA (muka xdak perasaan~)

Aku : Fuyyo0o surat temuduga!!!! (senyum sampai tersembol gigi!! dalam hati seronok tahap maksima!)


Along : alah~ temuduga je pon~ belom tentu dapat lagi (muka xdak perasaan diulang)


Aku : (mood teros terjun menjunam) ala~ biaq la~  (dalam hati 'HANG ADA???') 0_o


#aku memang jenis excited lebih :')

ok sambung..



tarikh aku temuduga x ingat pulak bila tapi tempat temuduga aku ingat!! Hospital Tanjung Rambutan Ipoh!!! ^_^
1st time jejak kaki kat situ aku dah hepi! sebabnya mungkin dalam tu ada ramai orang2 bahagia kot~ HEEEEEE :) 

Disebabkan sampai agak lewat sikit, aku jadi orang yang ke 20 lebih KOT yang akan ditemuduga~ disebabkan nak p temuduga, aku dipaksa utk pakai bedak! (nampak x tak dak connection kat situ!! mungkin nak bg nampak elok sikit kot sebab aku memang x suka pakai bedak!).

Waktu menunggu giliran, aku duduk la sebelah budak perempuan yang aku rasa sebaya dengan aku. Dia nampak nebesS! (aku lagi la~ ketaq abih lutut) Pastu abang dia cakap kat dia "tak payah takot la~ depa (mungkin merujuk kpd jabatan SPA) nak pakai ramai orang~ adik mesti dapat punya" (kata-kata semangat kah? atau harapan palsu kah?)

Toingg!!! loceng bunyi tanda giliran aku dah sampai. 


"Dato' Sri Liow Tiong Lai, Dato' Sri Liow Tiong Lai, Dato' Sri Liow Tiong Lai, Dato' Sri Liow Tiong Lai, Dato' Sri Liow Tiong Lai" dalam kepala memang dah set nama Dato' Sri Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan)  


memang aku dok sebut sampai aku buka pintu bilik temuduga~ Orang yang menemuduga aku ada 2 orang, Sorang laki (Mualaf), sorang perempuan (Melayu). Lepas bagi salam, hulur fail atas meja, aku pon duduk kat kerusi yang disediakan. Jauh jugak jarak aku dengan mereka-mereka itu. 



Soalan pertama : (seorang En yang bertanya) Ceritakan Latar belakang kamu. (sambil belek2 fail sijil aku)

Soalan kedua : Apa maksud prostar? (waktu ni aku rasa macam batu besar dah nak mai hempap aku dah!! Jawapan aku comel je :) ".....taktau." (memang terserlah kecomelan aku pada waktu tu !)





Soalan ketiga : Tau tak isu semasa sekarang ni? (heeee.. sebelom masuk bilik tu aku sempat tanya orang sebelah, "awak, apa ea isu semasa hari ni?" .... "o0 malamine.. apa tu ea?" hadoi..! sumpah aku tak tau hal semasa! tapi boleh gak jawab sebab aku sempat tanya sebelom tu )





Soalan keempat : (Seorang Puan yang bertanya) Kamu takut darah? Jawapan aku, TAK, SAYA TAK TAKUT DARAH (suara konfiden!! Kalaulah dia tahu hakikat kebenaran~!!! -_-")


Soalan terakhir : (Seorang Encik yang bertanya) Boleh menyambut kelahiran? Jawapan aku, BOLEH (BOLEH SANGAT!!! huhhuhuhu.. abah terpijak paku pon aku dah pitam terok!)



Kata-kata berbaur "anda tak layak" : Lepas ni, kamu sambung belajar ye (waktu ni hati aku dah berkecai-kecai bak kaca terhempas ke batu. Serpihan kaca tu pulak berkecai lagi sekali sampai lumat jadi abu!! macam tu la kekecewaan yang aku rasa!!), result SPM kamu boleh tahan (cheee... nak pujuk aku lettew!) kamu boleh dapat kerja yang lebih baik daripada ni :) (mereka menyedekahkan aku dengan senyuman perpisahan :') ) 

Macam ni la muka aku pada waktu itu :')

Keluar je dari bilik, aku dah cakap kat mak "mak, angah tak dapat" :')



Lepas je dapat surat dari SPA yang mengesahkan aku x dapat, banyak la orang sedekah nasehat, kata-kata semangat~ (tak dak sapa yang paham macam mana sedihnya bila aku gagal temuduga SPA)



Tapi ramai yang cakap, ada hikmah kenapa aku xdapat jadi misi. Sekarang baru aku nampak, Allah nak bagi aku sambung belajar sampai ke Universiti rupanya ^_^ alhamdulillah. Memang tak sangka kan, benda yang buat aku rasa sedih teramat tu la yang buat aku rasa seronok teramat! Andaikan aku dapat jadi Misi, maka tak dapat la aku jejakkan kaki di sini, di Universiti Utara Malaysia yang tercinta ^_^ (walau macam mana orang xsuka atau kutuk UUM pon, aku tetap sayang UUM ~) 



Moral of the story, terima la apa yang dah tertulis untuk kita. Mungkin kebaikan dia kita tak nampak sekarang tapi lambat laun, pasti akan ternampak jua~ ^_^ heeeeeeee...



DULU  : ........aku loser... temuduga pon gagal.... :'( 

KINI    : YES!!! NASIB BAIK AKU GAGAL TEMUDUGA..!!! ^_^    *hepi

# setiap soalan temuduga dan dialog di atas bukanlah rekaan. Semuanya benar belaka._










Wednesday 6 March 2013

Kolam Air Panas Ulu Legong~!



Asalamualaikum.

Fuhh..!! terlaksana jugak plan nak p mandi kat Kolam Air Panas Ulu Legong ni Alhamdulillah ^_^ best betol..!!!

4/3/2013 pukul 9.30pm kami start perjalanan ke Ulu Legong dari UUM (hari ni bdaY anak buah aku Umairah yang ke-0 #newborn). Konvoi semua 3 buah kereta, 10 orang perempuan, 2 orang lelaki. HOHOHO.. memang excited semua orang waktu nak p. Dalam perjalanan siap nyanyi sama2 lagi. Bila dah lepas je Gurun, kami dah tak ikot highway. Waktu tu jam dah dekat pukul 12 tengah malam. Jalan dia boleh tahan la~ menakotkan ko00t!! kereta memang tak banyak. Boleh kata kereta geng2 kami je atas jalan tu. Seram jugak o0.. Disebabkan tak pernah p tempat tu, perjalanan rasa jauh sangat, dengan gelapnya lagi.. Sempat la kami sesat buat seketika~


Ceria semua orang bila nampak sign ni. Penanda kami menuju jalan kebenaran!!
Sumber gambar : Encik Google



Lebih kurang pukul 1.20am kami sampai~!! Perasaan waktu tu memang syok abis! lepas je bayar tiket masuk RM6.OO sorang, kami pon teros je masuk. Dekat situ ada banyak kolam, so tinggal pilih je nak terjun kolam yang mana. Tapi nasehat aku, baek la celup2 kaki dulu sebelom masuk sebab tahap kepanasan air kolam berbeza. Ok, sambung balik cite, so kami pon dah pilih la 1 kolam yang sesuai, aku memang excited sangat sebab nampak berasap je kolam kami tu. Tapi bila celup je kaki, mai ai~ panas ko0t (bagi aku laa) 



Bila dah agak lama celup kaki, aku pon mula turun bawah. Disebabkan aku tak tinggi, aku takot nak turun teros. So, aku suruh Iskandar (Seorang detektif yang mempunyai ketinggian yang lebih tinggi dari aku) yang turun dulu. OK, kolam tu paras dada dia. So aku baget lepas la aku turun. Lepas aku turun je, badan aku rasa saket sangat (mungkin sebab badan aku terkejut kot) tapi lepas setengah minit, dah x rasa saket dah, kegembiraan pon dah terpancar kat wajah aku ^_^ 



Mungkin disebabkan aku berendam lama, kepala aku tetiba jadi pening. Kawan2 aku suruh naik dulu kat tepi sebab depa pon ada rasa pening jugak (mungkin sebab kiteorg tak cukup tido kot). Bila dah abis pening, masuk balik kolam ^_^. Proses masuk kolam, keluar    kolam tu berlarutan sampai lebih kurang pukul 4.30am. (memang kecut abis kaki tangan)


Rupa-rupanya kolam yang kami mandi tu adalah antara kolam yang panas kat situ (walaupon kami x masuk semua kolam) sebabnya aku dengan kawan2 aku sempat menjelajah kolam lain.. hmmpphhh!!! tak panas! (panasnya macam suam2 kuku cam tu lah). hehehhe bangga sekejap dengan kolam yang kami pilih tadi ^_^


Lepas dah puas mandi air panas, kami pon menuju ke bilik mandi yang disediakan untuk pengunjung2 membersihkan diri dan ganti baju. Hurmm... Jujurnya aku suka tempat ni sebab tempat ni agak bersih. Bilik mandi pon selesa, hati pon gembira ^_^ 

Kalau boleh, aku nak p sana lagi tapi mak tak bagi dah!! HEHEHE.. takpe lah, sekali pon dah cukup :) 

#kolamairpanasinidibuka24jam._




Monday 4 March 2013

KELAHIRAN ^_^

Asalamualaikum.

Hari ni 4/3/2013 bersamaan hari Isnin. Apa yang jadi hari ni?? HOHOHO ^_^ hari ni terlahirnya anak saudara aku yang diberi nama NUR ANGGUN UMAIRAH ^_^ comel kan nama tu!! tapi aku x tengok pon lagi die sebab aku maseh ada kat UUM ni haa~

HOHOHO~! tiba2 aku teringat cite dulu-dulu. Waktu tu aku dengan Along dok sembang la nak bubuh nama apa bila ada anak nanti (kecik2 lagi cita2 kemain nak ada anak bagai~). Ok lah, pastu Dia (Along) dengan lantangnya nak bubuh nama ISKANDAR lah (sebab waktu tu kami suka tengok cite Spanar Jaya kat ntv7. Ahmad Idham la yang pegang watak Iskandar dalam cite tu), pastu nak letak nama ADAM lah pastu apa ntah lagi yang aku x ingat. Lepas tu kalau perempuan pulak nak bubuh nama hape ntah asalkan bunyi macam orang puteh~ kemain lagi die waktu tu. Ni bila kluar2 letak ala2 nama Indon + Islamik pulak~ -_-"

Tapi xpe, bagi aku nama Umairah tu dah cukup sedap dah! comel je bila panggil kan? ^_^ Cuma nanti bila si Umairah ni dah bercucu cicit, mesti dia dah naek taraf jadi opah kan.. HOHOHO x dapat aku bayangkan bila cicit die cakap, "opah saya nama NUR ANGGUN UMAIRAH" hehehehe.. (hambooiii!! kemain sedap nama opah ngkau!)

Macam aku, nama opah, Harisah Bt Arshad. Nama arwah tok, Hatun Bt Darus. Simple je ^_^

Aku rasa generasi aku nanti mesti happy sebab nama opah depa shoommeelll sangat!! Nurul Ifatin Bt Mustafa Razif. HEEEEEEEEEEE ^_^       ._
    

Saturday 2 March 2013

Entry Pertama

Asalamualaikum.


03/03/2013~! fuhhh.. 1st time nak tulis blog. (awkward! awkward! awkward!) takpe lah, abaikan. Sebenarnya sejak form 6 lagi aku ada blog tapi x aktif pon sebab bagi aku macam pelik je pon buat2 blog ni. Sebabnya zaman tu aku x dek pon lagi laptop, facebook apatah lagi. Bila pk balik dah macam jakun je aku ni. Tapi bila aku masuk je UUM, banyak jugak la yang berubah. Macam sekarang ni aku ada laptop (walaupon keyboard rosak!) aku ada facebook, twitter, mface (register je, tapi x guna pon), instagram!! (ni best sket sebab aku boleh usha2 gambar Lisa Surihani ^_^ ) dan sekarang, aku ada BLOG!!! ^_^ weehuu!

Tujuan aku nak tulis blog ni sebenarnya sebab aku nak buat blog ni jadik mcm diary aku la~ so nanti bila aku dah ada anak cucu cicit piyot piyat semua tu, depa boleh la tau sikit2 tentang diri aku :) 



Aku rasa cukup dulu untuk entry sulung aku ni. Btw, blog aku ni dibuat oleh seorang detektif yang kacak bergaya, Iskandar Shah ^_^ many thanx to u!! ._